Monday, 9 March 2015


# PENGHARGAAN BUAT SI PENDIDIK #




Assalamualaikum semua.... ~ :)


Hari ini saya hendak berkongsi sedikit cerita.....


Tengok hadiah2 dekat gambar tuu...itu adalah pemberian dari anak-anak murid...terharu sangat-sangat ! :*

Pada awal persekolahan tahun 2015, bermula dari 12 Januari 2015  saya telah diamanahkan untuk mengajar pada sesi pagi dan petang...2 sesi tuuu...huhu..saya sememangnya ditugaskan untuk mengajar pada sesi pagi tetapi pada sesi petang, saya diminta untuk menggantikan rakan setugas kerana cuti bersalin...

MAKA....bermulalah waktu yang sangat sibuk...sibuk dan sibuk....maklumlah awal tahun....

Sesi pagi mengajar Tahun 2... sesi petang mengajar Tahun 4...memang mencabar buatku yang masih mentah dalam dunia mengajar ini....Allah sajalah yang mengerti hati ini,..tapi demi anak murid tersayang ku gagahkan diri jua untuk mendidik...

Hari demi hari kesibukan yang dilalui dalam hidup ini....


Akhirnya....

6 Mac 2015..berakhirlah sesi mengganti guru bersalin pada sesi petang...~

Anak-anak mula berasa sebak...ada yang menangis...ada yang memelukku...ohh sangat-sangat terharu...tanpa sedar ustazahnya pun turut menangis..memang dah jatuh sayang dekat anak-anak Tahun 4 ini...Jangan risau anak-anak, ustazah masih ada bertugas di SRA Batu 4 ini lagi, cumanya tidak mengajar kamu lagi... :)

Saya sempat sampaikan kata-kata buat mereka: 



"Semoga maju jaya dalam setiap apa yang kamu lakukan...jadi anak yang soleh dan solehah...belajar bersungguh-sungguh...sesungguhnya dalam setiap apa yang kamu lakukan itu Allah nilai dengan sebaik-baiknya...jangan nakal-nakal..kamu memang anak-anak yang baik...teruskan belajar dan Ustazah SAYANGKAN KAMU SEMUA!" 


Buat guru-guru,
(Kasih sayang itu tak dapat dijual beli...didiklah anak-anak muridmu dengan seikhlas hati...Allah nilai setiap ilmu yang kamu sampaikan)



Sunday, 8 March 2015

Feqah Tahun 2 Bahagian empat (MANDI SUNAT)

Jenis-jenis mandi sunat

  • Mandi sunat hari Jumaat
  • Mandi sunat gerhana
  • Mandi sunat masuk Mekah
  • Mandi sunat kerana memandikan mayat
  • Mandi sunat setelah hilang akal
  • Mandi sunat bermalam di Muzdalifah
  • Mandi sunat kerana Tawaf
  • Mandi sunat kerana masuk islam
Cara-cara mandi sunat

  • Niat
  • Menghilangkan najis pada badan
  • mengalirkan air ke seluruh badan

Hikmah-hikmah mandi sunat

  • Mendekatkan diri kepada Allah
  • Mengikut sunnah Rasulullah
  • Membersih dan menyucikan diri dari kekotoran
  • Menyegarkan dan menyihatkan tubuh badan
  • Mengelakkan badan dari berbau busuk
________________________________________________________________________________

TAHUKAH ANDA?

  • Niat mandi sunat

          ertinya : Sahaja aku mandi sunat kerana Allah taa'la

  • Mandi sunat kerana masuk Mekah dilakukan apabila hendak memasuki Kota Mekah.
  • Mandi sunat tawaf dilakukan apabila hendak melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Mandi sunat kerana hilang akal dilakukan apabila telah pulih dari ingatan.

Feqah Tahun 2 Bahagian tiga (MANDI HADAS BESAR[JANABAH] )

Mandi hadas besar ialah mengalirkan dan meratakan air mutlak keseluruh anggota badan dengan niat tertentu.

Dalil : 
Firman Allah Taa'la :  Surah Al-Maaidah ayat 6

Maknanya : Jika kamu junub maka hendaklah kamu bersuci.

Sebab mandi hadas.
  • bersetubuh
  • keluar air mani
  • haid 
  • wiladah
  • nifas
Rukun-rukun mandi hadas besar.
  • niat
  • menghilangkan najis pada badan
  • mengalirkan air keseluruh anggota
Perkara-perkara sunat mandi hadas besar.
  • Membaca "Bismillahirrahmanirrahim"
  • Berwudhuk
  • Menggosok seluruh anggota badan
  • Mendahulukan anggota sebelah tangan
  • Membasuh setiap anggota sebanyak tiga kali
  • Menyeliti rambut
  • Mandi di tempat tertutup
  • Membaca doa
Cara mandi hadas besar
  • Hilangkan najis di badan
  • Mulakan dengan "Basmallah"
  • Membesar kemaluan
  • Membasuh tangan tiga kali
  • Jirus air dari kepala tiga kali
  • Berwudhuk
  • Dahulukan anggota badan sebelah kanan
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan
  • Membaca doa

Feqah Tahun 2 Bahagian dua (HADAS)

Bahagian hadas terbahagi kepada 2.
  • Hadas kecil
  • Hadas Besar
HADAS KECIL

Pengertian Hadas Kecil
  • Hadas Kecil ialah keadaaan yang mewajibkan wudhuk bagi seseorang yang hendak melakukan ibadah.
Perkara-perkara yang menyebabkan berhadas kecil.

#Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.
  • angin
  • tahi
  • wadi
  • air kencing
Perkara yang dilarang ketika berhadas kecil
  • tawaf
  • solat
  • menyentuh Al-Quran
  • sujud syukur
Cara bersuci dari Hadas Kecil dengan BERWUDHUK.

_______________________________________________________________________________

HADAS BESAR

Pengertian Hadas Besar
  • Hadas besar ialah keadaan yang mewajibkan mandi bagi seseorang yang hendak melakukan ibadat.
Perkara yang menyebabkan berlaku Hadas Besar
  1. keluar darah haid
  2. keluar darah nifas
  3. bersetubuh atau melakukan hubungan jenis
  4. melahirkan anak atau keguguran
  5. keluar air mani sama ada mimpi atau jaga
Ibadat yang dilarang ketika Hadas Besar.
  • tawaf
  • solat
  • menyentuh Al-Quran
  • sujud syukur
  • berhenti atau duduk dalam masjid
Bersuci dari Hadas Besar

  • Mandi wajib


Feqah Tahun 2 Bahagian Pertama ( NAJIS)

Hari ini kita akan mempelajari tajuk "NAJIS".

PENGERTIAN NAJIS
Najis ialah satu benda kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.

Contoh-contoh najis :
  • tahi
  • nanah
  • darah
  • air kencing
  • babi
  • muntah
  • arak
  • anjing
  • bangkai haiwan
Bahagian Najis.
  1. Najis Mukhoffafah (Najis Ringan)
  2. Najis Mutawassitah ( Najis Sederhana)
  3. Najis Mughollazah (Najis Berat)
________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mukhoffafah( Najis Ringan)
  • Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun dan hanya minum susu ibu sahaja.
Cara menyucikan Najis Mukhoffafah.
  • 'Ain najis Mukhoffafah
  • Lap najis mukhoffafah sehingga kering
  • renjis dengan air mutlak
_________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mutawassitah (Najis Sederhana)
  • Najis mutawassitah ialah najis selain dari najis Mukhoffafah dan najis Mughollazah
Contoh najis Mutawassitah
  • tahi
  • nanah
  • darah
  • air kencing
  • muntah
  • arak
  • bangkai haiwan
  • wadi
  • mazi
Cara menyucikan najis Mutawassitah

  • Najis Mutawassitah
  • hilangkan najis terlebih dahulu
  • basuh najis dengan air mutlak hingga hilang bau,rasa,dan warna
_________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mughollazah (Najis Berat)
  • Najis Mughollazah iaitu anjing dan babi serta keturunan kedua-duanya.

Cara menyucikan najis Mughollazah
  • Najis Mughollazah
  • menghilangkan najis
  • basuh sekali dengan air bercampur tanah
  • basuh enam kali dengan air mutlak

Tuesday, 3 February 2015

HARI PERTAMA KU BERGELAR GURU



 Hari Pertama ku bergelar guru, 02/09/2014. Aku telah ditugaskan untuk bertugas di Sekolah Rendah Agama Batu 4, Jalan Kapar, Klang...Sekian lama aku mengimpikan untuk bergelar guru...Mungkin darah pendidik telah mengalir di tubuhku ini...Ayahku seorang guru dan berpencen sebagai Nazir di sebuah daerah di Selangor....Ibuku juga seorang guru malah adik-beradikku juga seorang guru...Walaupun pada mulanya aku agak kekok untuk mendidik kerana tiada pengalaman langsung sebelum ini, tapi aku tetap tekad untuk meneruskan perjuanganku sebagai seorang pendidik...Baru ku tahu, tugas mendidik ini bukan sesuatu yang mudah...Memerlukan kesabaran yang jitu, ketahanan mental dan fizikal, pandai menggunakan situasi dalam pengajaran dan lain-lain..

Seronok bila dengan budak2 nihhh..heeeee ~ :)