Sunday, 8 March 2015

Feqah Tahun 2 Bahagian Pertama ( NAJIS)

Hari ini kita akan mempelajari tajuk "NAJIS".

PENGERTIAN NAJIS
Najis ialah satu benda kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.

Contoh-contoh najis :
  • tahi
  • nanah
  • darah
  • air kencing
  • babi
  • muntah
  • arak
  • anjing
  • bangkai haiwan
Bahagian Najis.
  1. Najis Mukhoffafah (Najis Ringan)
  2. Najis Mutawassitah ( Najis Sederhana)
  3. Najis Mughollazah (Najis Berat)
________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mukhoffafah( Najis Ringan)
  • Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang dari dua tahun dan hanya minum susu ibu sahaja.
Cara menyucikan Najis Mukhoffafah.
  • 'Ain najis Mukhoffafah
  • Lap najis mukhoffafah sehingga kering
  • renjis dengan air mutlak
_________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mutawassitah (Najis Sederhana)
  • Najis mutawassitah ialah najis selain dari najis Mukhoffafah dan najis Mughollazah
Contoh najis Mutawassitah
  • tahi
  • nanah
  • darah
  • air kencing
  • muntah
  • arak
  • bangkai haiwan
  • wadi
  • mazi
Cara menyucikan najis Mutawassitah

  • Najis Mutawassitah
  • hilangkan najis terlebih dahulu
  • basuh najis dengan air mutlak hingga hilang bau,rasa,dan warna
_________________________________________________________________________________

Pengertian Najis Mughollazah (Najis Berat)
  • Najis Mughollazah iaitu anjing dan babi serta keturunan kedua-duanya.

Cara menyucikan najis Mughollazah
  • Najis Mughollazah
  • menghilangkan najis
  • basuh sekali dengan air bercampur tanah
  • basuh enam kali dengan air mutlak

No comments:

Post a Comment